english  |  malay

Spread the Word!

SEMINAR DAN BENGKEL MENGENAI "MODULAR DESIGN AND CONSTRUCTION FOR HOUSING PROJECTS IN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM"

30/03/2010

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day) pada setiap Hari Isnin di minggu pertama di bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Habitat sedunia menggambarkan kehidupan masyarakat di samping hak asasi untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya untuk semua. Ia juga memberikan peringatan kepada dunia mengenai dengan tanggungjawab setiap pihak terhadap masa depan habitat manusia.

Mengimbas kembali beberapa aktiviti-aktiviti yang telahpun diungkayahkan oleh Jabatan kemajuan Perumahan dan acara kemuncak sempenan Sambutan Hari Habitat Sedunia bagi tahun 2009 ialah Jabatan Kemajuan Perumahan terlahpun mengadakan Majlis Pecah Tanah (Ground Breaking) bagi Pembukaan kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu pada Hari Sabtu, 27 Syawal 1430H @ 17hb. Oktober, 2009M bertempat di tapak kawasan perumahan Kampong Tanah Jambu, Jalan Muara.

Di samping itu Jabatan ini juga telah mengadakan aktiviti-aktiviti sampingannya iaitu Majlis Pelancaran Habitex dan Jerayawara pada Hari Isnin 02hb. November, 2009M bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan ini. Acara Basikalton telah diadakan pada Hari Ahad, 08 Safar 1431H @ 24hb. Januari 2010M yang bermula dan berakhir di Kawasan Ibu Pejabat, Jabatan Kemajuan Perumahan yang mana jarak perjalanan lebih kurang 44 kilometer. Manakala majlis bagi Walkaton & Peraduan Mewarna & Melukis telah diadakan pada Hari Ahad, 03 Muharram 1431H @ 20hb. Disember 2009M bertempat di Taman Rekreasi Tasik Lama, Bandar Seri Begawan.

Aktiviti seterusnya ialah dengan mengadakan seminar dan bengkel yang bertajuk “Modular Design & Construction For Housing Projects in Negara Brunei Darussalam“ yang diadakan selama dua (2) hari berturut-turut mulai pada Hari Rabu 17hb. March 2010M hingga Hari Khamis, 18hb. March 2010M bertempat di Bilik Keruing, Pusat Kemahiran dan Latihan, Kementerian Pembangunan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seminar dan bengkel yang julung-julung kali dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan sempena dengan Hari Habtitat Sedunia 2009M “Planning Our Urban Future “ yang lalu.

Jabatan kemajuan Perumahan juga pernah mengadakan Forum khas sempena Hari Habitat Sedunia 2005 dengan tajuk “kehidupan Berjiran dan Mematuhi Peraturan-Peraturan bagi mengikuti Rancangan perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati“ yang telah di adakan pada hari Khamis 21 Syawal 1426H bersamaan dengan 24hb. November, 2005 bertempatat di Dewan pencapaian /tingkat 1, Institut Perkhidmatan Awam, Rimba, Gadong.

Tetamu Kehormat dimajlis Seminar dan Bengkel Modular Design and Construction for Housing Projects pagi ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan.

Tujuan dan objektif seminar dan bengkel tersebut ialah untuk mendedahkan serta memberikan peluang yang unggul dan unik kepada peserta-peserta untuk mempelbagaikan cara dalam membina jenis-jenis perumahan secara besar-besaran (mass housing productions) disamping mempelajari teknik dan tatacara serta rekabentuk pembinaan yang menjurus kearah rekabentuk yang sesuai dengan budaya dan tradisi perumahan orang-orang Brunei dengan mengambil kira aspek-aspek lain seperti keselamatan serta kualiti dengan harga pembinaan yang ekonomi.

Sepertimana dimaklumi methodology yang digunakan sejauh ini bagi pembinaan rumah-rumah di projek-projek Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati ialah dengan cara ‘conventional’ methods sahaja selain dari menyediakan tapak-tapak rumah untuk dibangun oleh peserta-peserta Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati.

Seminar yang berlangsung selama dua (2) hari ini akan dikendalikan oleh penceramah jemputan yang didatangkan khas dari luar negeri iaitu Singapura, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam sendiri.

Diakhir seminar itu diharapkan peserta-peserta akan dapat ransangan dan ilham yang berfaedah untuk mengatasi pelbagai masalah dari segi pembinaan secara ‘conventional’ sahaja dengan methodologies dan teknik pembinaan yang lain seperti dengan menggunakan ‘prefabrication system’ untuk mengeluarkan unit-unit pembinaan rumah in large scale or mass production.

Seminar dan bengkel tersebut dimulai dengan ucap alu-aluan oleh YM Awg Marzuke bin Haji Mohsin, Pengarah Kemajuan Perumahan dan diikuti dengan ucapan dan seterusnya pembukaan rasmi seminar dan bengkel berkenaan oleh Tetamu Kehormat.

Seramai 30 orang peserta-peserta dari pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya khususnya dari bidang teknikal iaitu Arkitek, Juruukur bahan dan Jurutera-Jurutera yang bertanggungjawab terus bagi merekabentuk jenis-jenis perumahan, penyediaan tapak dan perkhidmatan-perkhidmatan serta kos-kos pembinaan.

Turut hadir diseminar dan bengkel berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap serta jemputan-jemputan khas. kesemua lapan (8) kertas kerja telah dibentangkan dihari pertama seminar dan bengkel berkenaan iaitu empat (4) kertaskerja sebelah pagi dan empat (4) kertaskerja sebelah petang sementara pada hari keduanya di khususkan untuk peserta-peserta seminar dan bengkel membuat rumusan tentang apa-apa yang telah dipelajari daripada seminar dan bengkel berkenaan untuk di aplikasikan nanti di bidang pekerjaan masing-masing dan seterusnya penyampaian sijil-sijil bagi seminar dan bengkel berkenaan.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam