english  |  malay

Spread the Word!

PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN 2010

24/03/2010

Jabatan Kemajuan Perumahan meneruskan lagi salah satu aktiviti Jabatan iaitu perlawanan akhir bagi Acara Kejohanan Badminton 2010 yang telah diadakan pada Hari Jumaat, 03 Rabiulakhir 1431H @ 19hb. March 2010M bermula jam 7.00 malam bertempat di Dewan Kemasyarakatan II RPN Lambak Kanan.

Beberapa kumpulan daripada 5 kategori telah dipertandingkan dalam Peringkat Separuh Akhir sebelum melangkah ke Peringkat Akhir. Hasil keputusan perlawanan, pemenang-pemenang Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Jabatan Kemajuan Perumahan 2010 adalah seperti berikut;

  • Pertama : Pg Yusof/Awg Haji Ahmad Sarkawi
  • Kedua : Awg Haji Yusof/Awg Idris
  • Ketiga : Awg Mohamad Tamin/Awg Yusof
  • Pertama : Pg Yamin/Awg Rushdi
  • Kedua : Awg Haji Khairul/Awg Semadi
  • Ketiga : Awg Mawardi/Awg Ainul
  • Pertama : Pg Yusof/Dyg Hajah Amni
  • Kedua : Awg Mawardi/Dyg Eda
  • Ketiga : Awg Saufi/Dyg Hajah Amal
  • Pertama : Awg Mohamad Liman/Awg Rushdi
  • Kedua : Awg Ibrahim/Awg Yakop
  • Ketiga : Awg Hamjah/Awg Haji Rafi
  • Pertama : Dyg Hajah Amni/ Dyg Hajah Alimah
  • Kedua : Dyg Eda/Dyg Nisa
  • Ketiga : Dyg Ruhil/Dyg Norol

Objektif acara tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat setia kawan di kalangan Warga Kerja Jabatan Kemajuan Perumahan mahupun Pegawai dan Kakitangan yang telah berpindah ke Jabatan lain dan Warga Kerja Jabatan Kemajuan Perumahan yang sudah bersara disamping membentuk fizikal dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan pemikiran yang cerdas.

Tetamu Kehormat bagi Perlawanan Akhir ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohidin bin Pengiran Md Daud, Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai & Kakitangan Kemajuan Perumahan serta ahli keluarga.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam