
Khamis, 19hb Februari 2009M/ 23 Safar 1430H - Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, Kampong Lupak Luas, Jalan Kasat, Mukim Lumapas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenaan menganugerahkan lot tanah dan anak kunci rumah di bawah dua Skim Perumahan kepada seramai 85 orang penerima.
Dimajlis tersebut baginda berkenan menyempurnakan penganugerahan lot tanah kepada 12 peserta di bawah Rancangan Perumahan Negara Kampong Lambak Kanan dan berkenaan menyempurnakan penganugerahan anak-anak kunci rumah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Lumapas A bagi rumah jenis D kepada 73 orang penerima.
Keberangkatan tiba Kebawah DYMM di Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA) di Kampong Lupak Luas di dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Abdullah dan Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Dato Paduka Awang Haji Md. Yussop.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Faatihah oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Awang Haji Hassan Haji Metali, diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Sejurus selesai penganugerahan tersebut, baginda berkenan berangkat melawat SMSUA bagi meninjau secara lebih dekat lagi mengenai kemajuan pembelajaran penuntut dan prasarana, kegiatan luar dan kelab-kelab yang terdapat di sekolah.
Baginda selanjutnya berkenan berangkat ke beberapa buah rumah penerima di STKRJ Kampong Lumapas A. Sepanjang kunjungan ke rumah-rumah tersebut, baginda berkenan berinteraksi dan beramah mesra dengan para penerima sambil berkesempatan merakamkan gambar kenangan dengan ahli-ahli keluarga para penerima.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenaan berangkat ke rumah Ketua Kampong Lupak Luas/ Tarab Bau, Ketua Kampong Wasan dan Ketua Kampong Jerudong. Pada keberangkatan itu juga Baginda berpeluang membuat lawatan ke beberapa buah perusahaan.
DK NORHAMDIYAH BTE PG AHMAD
Spread the Word!