
Hari Selasa 18 Zulkaedah 1431 H @ 26hb. Oktober 2010 M, Di Dewan Sekolah Vokasional Wasan, Kampong Limau Manis, Mukim Pengkalan Batu, Negara Brunei Darussalam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muízzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Lumapas ’A’ dan Kampong Mata-Mata (Katok ’B’), Gadong bagi Daerah Brunei dan Muara kepada seramai 141 penerima iaitu 127 penerima jenis rumah ’E’ bagi Kampong Lumapas ’A’, 9 penerima jenis rumah ’D’ dan 5 penerima jenis rumah ’E’ bagi Kampong Mata-Mata (Katok ’B’).
Majlis penyempurnaan Penganugerahan yang telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Dewan Sekolah Vokasional Wasan, Kampong Limau Manis, Mukim Pengkalan Batu, Negara Brunei Darussalam.
Sejak Rancangan Perumahan Negara (RPN) dibukakan pada tahun 1980 dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) pada tahun 1984, kira-kira lebih 69,000 permohonan telah diterima iaitu lebih 50,000 Rancangan Perumahan Negara dan lebih 19,000 Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. Sehingga Oktober, 2010, lebih 3,592 buah rumah telahpun diperuntukan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dibawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. Lebih 1,000 pemohon dibawah STKRJ telahpun mendapat perkenan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan masih menunggu bagi peruntukan rumah dari tahun permohonan
Kira-kira 17,500 buah rumah akan siap dibina sehingga tahun 2014. Mengikut Program perlaksanaan projek-projek perumahan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya lebih 10,000 buah rumah sedang dan akan dibina dan dijangka siap sehingga tahun 2012 manakala 7,500 buah rumah lagi sedang dan akan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEBD) dan dijangka siap sehingga tahun 2012 dan 2014.
Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Spread the Word!