english  |  malay

Spread the Word!

MAJLIS PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI RUMAH DAN RUMAH TERES DI BAWAH RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA KAMPONG RIMBA, GADONG SERTA RUMAH KEMBAR DAN PERUMAHAN DI BAWAH SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI KAMPONG RIMBA, KAMPONG TUNGKU, GADONG DAN KAMPONG MADANG BAGI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

03/07/2010

Hari Rabu, 17 Rejab 1431H @ 30 Jun, 2010M bertempat Di Dewan Sekolah Rendah Dato Basir, Jalan 77, Rancangan Perumahan Negara, Lambak Kanan, Berakas.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah dan Rumah Teres di Bawah Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba, Gadong serta Rumah Kembar dan Perumahan di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Rimba, Kampong Tungku, Gadong dan Kampong Madang bagi Daerah Brunei dan Muara kepada seramai 308 orang penerima iaitu 74 penerima rumah jenis rumah ’Deluxe’, 83 rumah jenis ’Standard’, 138 rumah teres, 2 rumah kembar dan 11 lot perumahan.

Majlis penyempurnaan Penganugerahan yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Sekolah Rendah Dato Basir, Jalan 77, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, Mukim Berakas ’B’.

Sejak Rancangan Perumahan Negara (RPN) dibukakan pada tahun 1980 dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) pada tahun 1984, kira-kira lebih 69,000 permohonan telah diterima iaitu lebih 50,000 RPN dan lebih 19,000 STKRJ.

Sehingga Mei, 2010, lebih 12,000 buah rumah telahpun diperuntukan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dibawah kedua-dua RPN dan STKRJ iaitu 8,430 buah dibawah RPN dan 3,578 buah dibawah STKRJ.

Lebih 17,000 pemohon dibawah kedua-dua RPN dan STKRJ telahpun mendapat perkenan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dan masih menunggu bagi peruntukan rumah.

Kira-kira 17,500 buah rumah akan siap dibina sehingga tahun 2014. Mengikut Progrtam perlaksanaan projek-projek perumahan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya lebih 10,000 buah rumah sedang dan akan dibina dan dijangka siap sehingga tahun 2012 manakala 7,500 buah rumah lagi sedang dan akan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan dijangka siap sehingga tahun 2012 dan 2014.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam