
Seramai 256 orang pemohon yang telah berjaya mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampong Lumapas 'A' dan Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba, Gadong pagi ini telah menghadiri majlis pengundian bagi menentukan lot rumah masing-masing. Majlis berkenaan disaksikan oleh Tetamu Kehormat majlis iaitu Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan. Turut hadir sama ialah YM Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan dibawah Kementerian Pembangunan.
Majlis pengundian pagi tadi adalah bagi pemohon yang berjaya mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Lumapas 'A' dimaan seramai 42 orang pemohon telah membuat undian bagi menentukan lot rumah masing-masing. Jenis rumah yang ditawarkan bagi skim ini adalah rumah jenis 'E' dengan harga jualan $50,000.00.
Bagi pemohon yang berjaya mengikuti Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba dimana sebanyak 66 pemohon menerima rumah jenis Deluxe, 43 pemohon menerima rumah jenis Standard dan 105 orang pemohon menerima rumah Teres.
Rumah yang ditawarkan adalah jenis rumah dua (2) tingkat berasingan yang mana ianya adalah rekabentuk baru bagi Skim Rancangan Perumahan Negara.
Sejurus majlis pengundian selesai, disamping mengucapkan tahniah kepada pemohon yang berjaya, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga mengambil kesempatan dengan menyarankan kepada pemohon-pemohon yang berjaya diperuntukan rumah ;untuk sentiasa mematuhi segala Syarat dan Peraturan yang telah ditetapkan dibawah Skim Perumahan berkenaan.
Sebelum majlis pengundian diadakan, sessi taklimat dari beberapa wakil Agensi Kerajaan yang berkenaan mengenai Syarat dan Peraturan bagi mengikuti kedua Skim Perumahan berkenaan telah pun diadakan pada 12hb September 2009 dan 14hb September 2009 ;Tujuan taklimat diadakan adalah bagi memberikan kefahaman mengenai beberapa Syarat dan Peraturan yang mesti dipatuhi bagi mengikuti kedua Skim Perumahan berkenaan.
Harga jualan bagi rumah jenis Deluxe ialah $92,000.00 dan rumah jenis Standard pula berharga $83,000.00. Manakala bagi unit Teres dimana Unit Sudut berharga $45,000.00 dan Unit Pertengahan dijual dengan harga $43,000.00.
Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Spread the Word!