
Hari Rabu, 04hb. November 2009, Seramai 50 orang pemohon yang telah berjaya mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampong Lumapas ’A’ pagi ini telah menghadiri majlis pengundian bagi menentukan lot rumah masing-masing bertempat Dewan Serbaguna, Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis berkenaan disaksikan oleh Tetamu Kehormat iaitu Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunus, Setiausaha Tetap ( Pentadbiran & Kewangan ), Kementerian Pembangunan.
Yang Mulia Tetamu Kehormat majlis mengucapkan setinggi tahniah kepada pemohon yang berjaya, disamping menyarankan kepada pemohon-pemohon yang berjaya diperuntukan rumah perlulah menjaga dengan lebih baik dan sentiasa mematuhi segala Syarat dan Peraturan yang telah ditetapkan dibawah Skim Perumahan berkenaan terutama dari segi penggunaan rumah seperti menambah, membangun atau mengubahsuai rumah dan kawasannya hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.
Sebelum majlis pengundian diadakan, sessi taklimat dari beberapa wakil Agensi Kerajaan iaitu wakil dari Jabatan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya mengenai Syarat dan Peraturan bagi mengikuti Skim Perumahan berkenaan telah pun diadakan pada 29hb. Oktober 2009 Taklimat diadakan adalah bagi memberikan kefahaman mengenai beberapa Syarat dan Peraturan yang mesti dipatuhi bagi mengikuti Skim Perumahan berkenaan.
Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Spread the Word!