english  |  malay

Spread the Word!

MAJLIS PENGUNDIAN RUMAH-RUMAH DI BAWAH RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA KAMPONG LUMUT / SUNGAI LIANG DAERAH KUALA BELAIT

04/08/2010

Hari Selasa, 03hb Ogos 2010M bersamaan 22 Syaaban 1431H, Seramai 116 orang pemohon yang telah berjaya mengikuti bagi Rancangan Perumahan Negara Kampong Lumut / Sungai Liang, Daerah Belait telah menghadiri majlis pengundian di Dewan Bandaran, Kuala Belait bagi menentukan lot rumah masing-masing. Majlis berkenaan disaksikan oleh Tetamu Kehormat majlis iaitu Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong, Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Majlis pengundian adalah bagi pemohon yang berjaya mengikuti Rancangan Perumahan Negara Kampong Lumut / Sungai Liang dimana sebanyak 25 pemohon menerima rumah jenis Deluxe dan 91 pemohon menerima rumah jenis Standard. Sejauh ini, sejumlah 333 buah rumah dan lot tanah sudahpun diserahkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya. Pada masa ini Jabatan Kemajuan Perumahan sedang melaksanakan pembinaan sebanyak 1494 unit rumah di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampong Lumut / Sungai Liang yang dijangka siap sehingga tahun 2012.

Sejurus majlis pengundian selesai, disamping mengucapkan tahniah kepada pemohon yang berjaya, Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan juga mengambil kesempatan dengan menyarankan kepada pemohon-pemohon yang berjaya diperuntukan rumah untuk sentiasa mematuhi segala Syarat dan Peraturan yang telah ditetapkan dibawah Skim Perumahan berkenaan.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam