english  |  malay

Spread the Word!

MAJLIS PENGUNDIAN RUMAH-RUMAH BAGI STKRJ LUMAPAS 'A'

12/09/2009

Khamis, 13 Ramadhan 1430H bersamaan 03hb September 2009M, ;Dewan Serbaguna, Jabatan Kemajuan Perumahan, ;Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Seramai 35 pemohon yang telah berjaya mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampong Lumapas ’;A’; pagi tadi telah menghadiri majlis pengundian bagi menentukan lot rumah masing-masing. Majlis berkenaan disaksikan oleh Tetamu Kehormat majlis iaitu Yang Mulia Awang Marzuke bin Haji Mohsin, Pengarah Kemajuan Perumahan. Rumah yang ditawarkan adalah rumah jenis ’;E’; berharga ;Lima Puluh Ribu Ringgit ($50,000.00). Majlis pengundian dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai. Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan, Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya. Selesai acara pengundian Pengarah Kemajuan Perumahan dan Timbalan Pengarah mengucapkan tahniah kepada pemohon yang berjaya dan memberikan nasihat supaya penerima-penerima akan sentiasa mematuhi segala Syarat dan Peraturan yang telah ditetapkan dibawah Skim Perumahan berkenaan.

Penerangan dari beberapa Agensi Kerajaan yang berkenaan mengenai Syarat dan Peraturan bagi mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati telah pun disampaikan pada sessi taklimat sebelum ini iaitu pada ;01hb September 2009. Tujuan taklimat diadakan adalah bagi memberikan kefahaman mengenai beberapa Syarat dan Peraturan yang mesti dipatuhi bagi mengikuti Skim Perumahan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, adalah digesa pada para penerima untuk sentiasa peka dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mematuhi syarat dan peraturan mengikuti Skim tersebut terutama segi pembayaran balik pinjaman rumah berkenaan bagi mengelakkan tunggakan yang mana akan menyulitkan para pemilik rumah sendiri itu nanti.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam