english  |  malay

Spread the Word!

MAJLIS PENGUNDIAN RUMAH-RUMAH BAGI PEMOHON-PEMOHON SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI KG LUMAPAS ‘A’

07/03/2009

Sabtu, 7hb Mac 2009M/ 10 Rabiulawal 1430H - Dewan Serbaguna Jabatan Kemajuan Perumahan/ Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Seramai 38 pemohon yang telah berjaya mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampong Lumapas A pagi tadi telah menghadiri majlis pengundian bagi menentukan lot rumah masing-masing. Majlis berkenaan disaksikan oleh Tetamu Kehormat majlis iaitu Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunus, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Kementerian Pembangunan.

Rumah yang ditawarkan adalah rumah jenis D. Majlis pengundian dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai. Turut hadir pada majlis berkenaan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Penerangan dari beberapa Agensi Kerajaan yang berkenaan mengenai Syarat dan Peraturan bagi mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati telah pun disampaikan pada sessi taklimat sebelumnya ini iaitu pada 03hb Mac 2009 lalu. Tujuan taklimat diadakan adalah bagi memberikan kefahaman mengenai beberapa Syarat dan Peraturan yang mesti dipatuhi bagi mengikuti Skim Perumahan berkenaan.

Setelah acara pengundiaan selesai, tetamu Kehormat majlis Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan mengucapkan tahniah kepada pemohon yang berjaya dan beliau juga menyarankan disamping menikmati kurnia pemberian rumah berkenaan para pemilik perlulah mematuhi segala Syarat dan Peraturan yang telah digubal oleh pihak Kerajaan dan ianya digubal bukanlah bertujuan bagi menyusahkan para pemilik akan tetapi ianya adalah usaha Kerajaan dalam membentuk rakyat yang bertanggungjawab dan berdisplin dalam sama-sama memainkan peranan masing-masing diantara pihak Kerajaan mahupun para pemilik.

Projek pembinaan rumah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Lumapas &rsquoA&rsquo ini adalah kawalan Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya yang mana projek pembinaannya dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu pada Fasa Pertama sebanyak 111 unit rumah jenis D dibangunkan dimana 73 unit darinya telahpun sempurna diserahkan kepada pemohon yang berjaya pada Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Anak-Anak Kunci pada 19hb Februari 2009 lalu. Kemudian bagi Fasa Kedua sebanyak 128 buah rumah jenis E masih dalam pembinaan dan ianya dijangkakan siap pertengahan tahun ini.

DK NORHAMDIYAH BTE PG AHMAD