english  |  malay

Spread the Word!

MAJLIS PENGUNDIAN RUMAH RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA KAMPONG RIMBA GADONG DAN SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI RUMAH TERES KAMPONG SUNGAI BULOH

17/02/2011

SABTU, 9 Rabiulawal 1432 bersamaan dengan 12 Februari 2011, Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengadakan Majlis Pengundian Rumah Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba Gadong Dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Rumah Teres Kampong Sungai Buloh bagi Peserta-Peserta yang mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati dan Rancangan Perumahan Negara bagi Daerah Brunei dan Muara. Sejumlah 81 buah rumah jenis teres dalam Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Sungai Buloh dan 79 buah rumah jenis standard di Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba Gadong akan diperuntukkan.

Majlis pada petang itu, dimulakan dengan pengundian daripada peserta-peserta Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba Gadong dan seterusnya diikuti oleh peserta-peserta Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Rumah Teres Kampong Sungai Buloh bagi menentukan lot rumah masing-masing.

Majlis pengundian diadakan di Dewan Bomba, Lapangan Terbang Lama Berakas. Majlis berkenaan disaksikan oleh Tetamu Kehormat iaitu Yang Mulia Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos, Setiausaha Tetap ( Pentadbiran & Kewangan ) Kementerian Pembangunan. Turut hadir pada majlis itu juga Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dan Jabatan Kemajuan Perumahan sendiri.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam