
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan Hari Habitat Sedunia atau Worl Habitat Day diraikan pada Hari Isnin di minggu pertama di bulan Oktober setiap tahun.
Sehubungan dengan itu, Sambutan Hari Habitat Sedunia bagi tahun 2009 adalah juga merupakan acara tahunan Jabatan Kemajuan Perumahan yang diadakan bagi memperingati Hari Habitat Sedunia yang bertemakan ‘Planning Our Urban Future’ iaitu ’Merancang Masa Depan Bandar Kita’ dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran akan perlunya memperbaiki perancangan Bandar di seluruh dunia bagi menangani cabaran-cabaran besar di abad ke 21 tahun ini.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengungkayahkan beberapa aktiviti yang mana salah satu acara tersebut adalah Majlis Pecah Tanah bagi Pembukaan Kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu yang telahpun diadakan pada Hari Sabtu, 27 Syawal 1430H @ 17hb. Oktober 2009M bertempat di Kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu, Negara Brunei Darussalam bermula jam 8.15 pagi. Pelancaran Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam dan aktiviti yang bersempena dengan Hari habitat Sedunia.
Pada tahun ini buat kali ke sebelasnya Jabatan Kemajuan Perumahan sekali lagi mengungkayahkan majlis Habitex dan Jerayawara serta Perasmian Website e-SIKap Jabatan Kemajuan Perumahan yang diadakan pada pagi ini iaitu Hari Isnin, 14 Zulkaedah 1430H @ 2hb. November 2009M bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 2, Jabatan Kemajuan Perumahan, Negara Brunei Darussalam bermula jam 9 pagi tadi. Pelancaran majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd. Hussien, Timbalan Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam selaku Tetamu Kehormat Majlis. Kemudian diikuti dengan penyampaian Sijil-Sijil kepada 18 Peserta-Peserta yang menyertai Habitex dan Jerayawara 2009 yang terdiri dari pihak-pihak perbankan dan peniaga tempatan serta menyaksikan Habitex dan Jerayawara 2009. Tujuan jerayawara bagi mendedahkan usahawan tempatan dan produk terkini kepada pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan.
Setelah perasmian pelancaran tersebut selesai, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd. Hussien, Timbalan Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam dipersilakan melancarkan Website e-Sikap Jabatan Kemajuan Perumahan ini adalah kali pertama program meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Kemajuan Perumahan.
Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta para Jemputan-Jemputan Khas.
Manakala Jerayawara bagi majlis tersebut diadakan bermula dari 2hb. November 2009M sehingga 8hb. November 2009M bertempat di Ruang Legar dan Tingkat I, Jabatan Kemajuan Perumahan, Negara Brunei Darussalam, bermula jam 9.00 pagi hingga 05.00 petang.
Seperti di tahun-tahun yang lalu, objektif Habitex 2009 adalah untuk memberi peluang kepada peserta-peserta pameran :
- Untuk mempamerkan aktibiti-aktibiti yang berhubungkait dengan industri perumahan, pembinaan dan teknologi seperti :
- Pembinaan bangunan
- Produk-produk / bahan-bahan binaan
- Rekabentuk dalaman
- Teknologi maklumat
- Untuk memperkenalkan produk-produk dan teknologi baru
- Untuk mengadakan ’networking’ / perhubungan ’joint venture’ bagi meluaskan bidang perniagaan
- Memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat lagi teknologi dan bahan-bahan yang dipamerkan
Pameran Habitex dan Jerayawara akan mempamerkan projek-projek Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati di bawah Rancangan Kemajuan Negara 2007-2012 bagi perlaksanaan kerja-kerja infrastruktur dan perumahan yang bertujuan untuk memberi kesejahteraan, keselesaan dan keharmonian kepada penduduk di Negara Brunei Darussalam. Disamping itu, penglibatan dari pihak Swasta dalam memperkenalkan teknologi dan produk-produk baru yang berkualiti seperti bahan binaan, rekabentuk dalaman dan luaran dan sebagainya.
Selain dari Majlis Pelancaran Habitex dan Jerayawara, Jabatan Kemajuan Perumahan juga akan mengendalikan beberapa aktiviti-aktiviti sampingan yang lain seperti:
- Acara Basikalton - Hari Ahad 15hb. November 2009
- Modular Housing Workshop’ -Disember 2009
- Acara Walkaton dan Peraduan Mewarna - Hari Ahad, 20hb. Disember 2009
## (ketetapan tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian).
Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Spread the Word!