
Hari Sabtu 13 Zulhijjah 1431 H @ 20hb. November 2010 M, Majlis menandatangani Kontrak ’Housing Development Department Network Infrastructure’ antara Jabatan Kemajuan Perumahan dengan Syarikat Perniagaan Dinamik Giat telah diadakan pada pagi ini di Dewan Serbaguna, Tingkat 1, Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Projek e-Kerajaan ini adalah bagi membangunkan rangkaian infrastruktur yang akan menghubungkan Ibu pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan dengan Cawangan-Cawangannya melalui jalur lebar (EGBandwidth). Ini memudahcara perkhidmatan melalui rangkaian infrastruktur projek e-Kerajaan seperti penggunaan Email, Sistem Informasi Kemajuan Perumahan (e-SIKaP), Promise, GEMS (Government Employee Management System) dan lain-lain.
Projek ini memakan masa selama enam (6) bulan untuk dilaksanakan bermula dari menandatangani kontrak pada pagi ini.
Menandatangani kontrak tersebut bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Yang Mulia Awang Marzuke bin Haji Mohsin, Pengarah Kemajuan Perumahan manakala bagi pihak Syarikat Perniagaan Dinamik Giat ialah Awang Thien Det Lin, Pengurus Syarikat berkenaan.
Turut hadir di majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Zain bin Haji Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Pegawai-Pegawai Kanan, Kementerian Pembangunan serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis berkenaan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Spread the Word!