english  |  malay

Spread the Word!

MAJLIS DOA SELAMAT DAN PERLETAKAN BATU ASAS SEMPENA DENGAN PEMBINAAN PERUMAHAN KG. LUMUT/SG. LIANG, BELAIT

21/04/2010

Pada Hari Khamis, 30 Rabiulakhir 1431H @ 15hb. April 2010M jam 10.30 pagi bertempat di Kawasan Pertapakan Kg. Lumut/Sg. Liang, Belait, Jabatan Kemajuan Perumahan mengadakan Majlis Doa Selamat dan Perletakanan Batu Asas bagi Pembinaan Perumahan Kg. Lumut/Sg. Liang, Belait.

Sejumlah 490 buah rumah ’Detached’ akan dibina bagi menampung penempatan pemohon yang telah diperkenankan dan sedang menunggu giliran peruntukan perumahan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam yang akan memulakan perletakan batu asas tersebut.

Pemborong bagi pembinaan projek ini ialah Syarikat Kejuruteraan Sistematik Sdn. Bhd. (SKS). Projek berkenaan menelan belanja lebih $60 juta. InsyaAllah keseluruhan projek ini akan dijangka siap pembinaannya pada tahun 2012.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Ketua-Ketua Jabatan dan Yang Mulia Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam