english  |  malay

Spread the Word!

MAJLIS BAGI ACARA WALKATON & PERADUAN MEWARNA & MELUKIS JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN SEMPENA HARI HABITAT SEDUNIA 2009

20/12/2009

Hari Ahad, 20hb Disember 2009M bersamaan 03 Muharram 1431H, 7.15 Pagi, Taman Rekreasi Tasik Lama, Bandar Seri Begawan

Seramai lebih 84 orang kanak-kanak yang telah menyertai peraduan melukis & mewarna yang diadakan pagi tadi bermula jam 7.00 pagi bertempat di Taman Rekreasi Tasik Lama, Bandar Seri Begawan. Disamping itu, diselajurkan dengan acara walkaton menaiki Bukit di Tasik Lama beramai-ramai dikalangan warga kerja Jabatan Kemajuan Perumahan berserta keluarga.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyertai majlis walkaton tersebut ialah Yang Mulia, Awg Marzuke bin Haji Mohsin, Pengarah Kemajuan Perumahan. Juga hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kemajuan Perumahan.

  • Pertama : Awg Md Amirul bin Seigi
  • Kedua : Awg Noor Mohd Asa bin Salim
  • Ketiga : Awg Muhammad Khairul Anuar bin Haji Zainal
  • Pertama : Dyg Hwafanana binti Zailani
  • Kedua : Awg Md Raziq bin Abd halim
  • Ketiga : Dyg Noorashdina binti Salim
  • Pertama : Dyg Noorashyikin binti Salim
  • Kedua : Dyg Siti Noramalina binti Madili
  • Ketiga : Dyg Amira binti Sato

Acara kelolaan Jabatan Kemajuan Perumahan ini adalah bersempena Hari habitat Sedunia 2009 bertema ” Merancang Masa Depan Bandar Kita” @ ” Planning Our Urban Future” yang mana antara lainnya bertujuan mengeratkan lagi kemesraan, perpaduan dan semangat setia kawan di kalangan Pegawai & Kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan disamping meningkatkan kesedaran semua pihak untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam