english  |  malay

Spread the Word!

LAWATAN PESERTA PROGRAM PEMBANGUNAN CMLV

12/06/2009

Isnin, 13hb April 2009/ 17 Rabiulakhir 1430H - Bilik Mesyuarat, Tingkat 5, Jabatan Kemajuan Perumahan.

Seramai empat (4) orang peserta mengikuti Program Pembangunan Pegawai-Pegawai Kanan Asean dari Cambodia, Myanmar, Laos dan Vietnam telah membuat lawatan ke Jabatan Kemajuan Perumahan.

Semasa lawatan ke Jabatan ini para peserta program diberikan taklimat mengenai peranan dan fungsi Jabatan Kemajuan Perumahan yang disampaikan oleh YM Puan Hajah Dayang Rohana bte Awang Haji Ering, Pemangku Timbalan Pengarah.

Hadir sama pada sessi taklimat berkenaan beberapa Ketua Bahagian dan Cawangan Jabatan Kemajuan Perumahan. Pada lawatan berkenaan juga para peserta program berpeluang mengajukan soalan dalam Sessi Soal Jawab. Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderahati diantara kedua pihak.

DK NORHAMDIYAH BTE PG AHMAD