
Pada Hari Rabu, 15 Rabiulakhir 1431H @ 31hb. March 2010M, seramai 32 orang Mahasiswa dan Mahasiswi Tahun 3, Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam telah dialu-alukan kehadiran mereka jam 2.00 petang bagi lawatan ke Jabatan Kemajuan Perumahan dan seterusnya mendengar taklimat bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 1, Jabatan Kemajuan Perumahan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Lawatan tersebut dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Dayang Rohana binti Haji Awang Ering, Pegawai Kemajuan Perumahan Kanan, Ketua Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Perhubungan Awam selaku Pengerusi. Taklimat disampaikan mengenai dengan Sejarah, Latarbelakang serta Fungsi dan Peranan dan juga Perkembangan Jabatan Kemajuan Perumahan.
Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Ariffin bin Haji Suhaili [Ketua Bahagian Pengurusan Projek], Yang Mulia Dayangku Siti Rahmah binti Pengiran Haji Md Salleh [Ketua Bahagian Kewangan], Yang Mulia Dayang Hajah Jainah binti Haji Abduladi [Ketua Bahagian Peruntukan & STKRJ], Yang Mulia Dayang Haslina binti Haji Osman [Ketua Cawangan Tutong], Yang Mulia Awang Ali Yusni bin haji Awang Damit [Ketua Cawangan Temburong], Yang Mulia Wakil-Wakil Ketua Bahagian dan Kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan.
Sejurus selesai taklimat berkenaan, Yang Mulia Hajah Dayang Rohana seterusnya mengalu-alukan soalan bagi sessi soaljawab yang mana soalan-soalan berkenaan telahpun dijawab oleh Pengerusi sendiri dan juga Ketua-Ketua Bahagian berkenaan.
Lawatan berkenaan diakhiri dengan sessi minum petang dan bergambar ramai bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Kemajuan Perumahan dan Mahasiswa dan Mahasiswi Tahun 3, Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam dan mengucapkan semua Mahasiswa dan Mahasiswi berkenaan semoga sentiasa sukses dan beroleh kecemerlangan dan keberkatan Dunia dan Akhirat.
Wassalam.
Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Spread the Word!