english  |  malay

Spread the Word!

LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK PERUMAHAN TEMBURONG

25/11/2009

Hari Sabtu, 21hb November 2009M @ 04 Zulhijjah 1430H,Yang Mulia Awang Marzuke bin Haji Mohsin, Pengarah Kemajuan Perumahan telah mengadakan lawatan kerja di beberapa tapak projek dibawah kawalan Jabatan Kemajuan Perumahan iaitu Rancangan Perumahan Negara Kg. Rataie, Daerah Temburong.

Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah Yang Mulia Pg Hj Mohiddin bin Pg Md Daud, Timbalan Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kemajuan Perumahan.

Tujuan Lawatan ialah bagi meninjau perkembangan projek-projek perumahan yang dijalankan di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kg. Rataie, Daerah Temburong.

YM Pengarah Kemajuan Perumahan disambut oleh YM Awg Muhammad AliYusni bin Hj Damit, Pegawai Kemajuan Perumahan Kanan selaku Ketua Cawangan JKP, Daerah Temburong.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam