english  |  malay

Spread the Word!

LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK PERUMAHAN NEGARA KG. RATAIE, TEMBURONG

29/12/2010

Hari Rabu, 29hb Disember 2010M, Yang Mulia Awang Marzuke bin Haji Mohsin, Pengarah Kemajuan Perumahan telah mengadakan lawatan kerja di beberapa tapak projek dibawah kawalan Jabatan Kemajuan Perumahan iaitu Rancangan Perumahan Negara Kg. Rataie, Daerah Temburong.

Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kemajuan Perumahan.

Tujuan Lawatan ialah bagi meninjau perkembangan projek-projek perumahan yang dijalankan di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kg. Rataie, Daerah Temburong.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam