english  |  malay

Spread the Word!

KEJOHANAN FUTSAL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN & JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA KELOLAAN JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN 1431/2010

08/06/2010

Hari Ahad, 30hb. Mei 2010M, Seramai 19 pasukan terdiri daripada Pegawai & Kakitangan dibawahnya akan mengikuti bagi Kejohanan Futsal tahun1431H / 2010M kelolaan Jabatan Kemajuan Perumahan.

Acara berkenaan disaksikan oleh Tetamu Kehormat iaitu Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam.

Kejohanan ini adalah salahsatu kegiatan tahunan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara warga Kementerian ini.

MATLAMAT KEJOHANAN

* Mengeratkan pertalian silaturrahim yang sedia ada di antara pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan;

* Meningkatkan kecerdesan fizikal dan mental;

* Memupuk sikap bekerjasama, berkomunikasi dan semangat berpasukan di antara pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan dibawah Kementerian Pembangunan;

* Membudayakan gaya hidup yang sihat melaui aktiviti sukan;

* Mencungkil bakat baru yang dapat diketengahkan bagi kejohanan-kejohanan futsal dan bolasepak di peringkat Jabatan, Kementerian dan Kebangsaan.

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam