english  |  malay

Spread the Word!

HARI MESRA PELANGGAN (HMP) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN 2009

12/06/2009

Sabtu, 2hb Mei 2009H/ 7 Jamadilawal 1430H - Bangunan Kementerian Pembangunan.

Tetamu Kehormat semasa Pelancaran Hari Pelanggan berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan.

Seperti Jabatan dan Unit di bawah Kementerian yang lain, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) juga tidak ketinggalan menyertai Hari Mesra Pelanggan berkenaan dengan membuat dua (2) pameran pada lokasi berlainan iaitu di dalam bangunan dan di kawasan lapang belakang bangunan Kementerian Pembangunan.

Manakala bagi pameran di dalam bangunan JKP mempamerkan maklumat mengenai perancangan perumahan yang dilaksanakan di kawasan-kawasan Rancangan Perumahan Negara seluruh Negara. Juga ditayangkan pada skrin televisyen mengenai sejarah Jabatan Kemajuan Perumahan bermula tahun 1984 hingga kini.

Yang lebih menarik pada kawasan di belakang bangunan Kementerian Pembangunan JKP telah membina sebuah model rumah yang ditaja oleh Alim Bena Sendirian Berhad. Model rumah ini berukuran 2 meter lebar, 4 meter panjang dan pada ketinggian 2.4 meter. Dengan adanya pembinaan model rumah ini, para pengunjung berpeluang menyaksikan lebih dekat tatacara pembinaan rumah-rumah di kawasan Rancangan Perumahan Negara serta meninjau bahan binaan yang digunapakai dalam pembinaan tesebut.

Hari Mesra Pelanggan (HMP) akan diadakan selama 7 hari diadakan bermula pada hari Sabtu 2 Mei 2009 dan akan berakhir pada hari Jumaat 8 Mei 2009. Berbagai aktiviti yang telahpun disusun sepanjang minggu HMP Kementerian Pembangunan antaranya Pertandingan Inovatif Model Struktur yang melibatkan 3 kateogri iaitu bagi pegawai-pegawai kementerian ini dan Jabatan-jabatan dibawahnya, Konsultan/ Kontraktor/Pembekal/Pihak Swasta dan Orang Ramai.

DK NORHAMDIYAH BTE PG AHMAD