
Pada 10hb. September, 2010M bersamaan 1 Syawal 1431H seluruh masyarakat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadhan.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H/2010M Kementerian Pembangunan & Jabatan-Jabatan Dibawahnya bertemakan ‘Warna-Warni Pelangi Di Kementerian Pembangunan’ telahpun sempurna diadakan pada Hari Jumaat, 24hb. September 2010M, Jam 7.00 malam bertempat di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong.
Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim & beramah mesra serta memupuk perpaduan diantara warga Kementerian Pembangunan & Jabatan-Jabatan Dibawahnya. Tetamu Kehormat bagi majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Othman, Menteri Pembangunan.
Turut dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut ialah pelawak terkenal tanahair iaitu Keluarga 69. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dimana ucapan alu-aluan disampaikan oleh YM Awg Marzuke bin Haji Mohsin, Pengarah Kemajuan Perumahan. Majlis juga diselitkan dengan penyampaian sumbangan derma kebajikan kepada Pusat Ehsan, Persatuan PAPDA dan Smarter. Seterusnya persembahan pertandingan Nyanyidra dan cabutan undian. Lebih dari 1000 tetamu menghadiri sambutan pada malam itu.
Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Spread the Word!