
Ahad, 22hb Februari 2009M/ 26 Safar 1430H - Ibu Pejabat, Jabatan Kemajuan Perumahan/ Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Lapangan Terbang Lama Berakas.
Lebih 250 orang pengemar-pengemar sukan berbasikal di negara ini secara individu dan berkeluarga telah menyertai acara Basikalton sejauh 30 kilometer yang diadakan pagi tadi bermula dan berakhir di Kawasan Ibu Pejabat, Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Lapangan Terbang Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyertai acara tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan. Juga hadir pada acara tersebut Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap serta Pegawai-Pegawai Kanan di bawah Kementerian Pembangunan.
Acara kelolaan Jabatan Kemajuan Perumahan ini adalah bersempena Hari Habiat Sedunia 2008 yang mana antara lainnya bertujuan mengeratkan lagi kemesraan, perpaduan dan semangat setia kawan di kalangan Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan disamping meningkatkan kesedaran semua pihak untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.
DK NORHAMDIYAH BTE PG AHMAD
Spread the Word!